JALAN DAN CARA YANG PERLU DILAKUKAN
LANGKAH PERTAMA
Langkah pertama yang merupakan asas dalam melakukan ialah jangan melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya sebarang perbuatan syirik. Iaitu:
Untuk membolehkan supaya tidak melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya sebarang perbuatan syirik, menjadi kewajipan supaya tahu, boleh menghurai dan menerangkan apa itu syirik, pembahagiannya dan apakah perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya sebarang perbuatan syirik.
Jangan melakukan ritual penyembahan kepada selain daripada Allah, jangan memperkatakan dengan lisan lidah, jangan memikirkan dengan fikiran, jangan ada yang terlintas di dalam hati tentang yang akan membuahkan keberadaan, keakuan dan keupayaan badan diri sendiri; dan jangan memperkatakan dengan lisan lidah, jangan memikirkan dengan fikiran, jangan ada yang terlintas di dalam hati tentang keberadaan Allah ketika masih lagi merasakan keberadaan badan diri sendiri kerana ini amat penting dan merupakan asas kepada bertaubat dengan taubat nasuha." Kerana setelah tidak melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya sebarang syirik, apabila merasa sifat ketuhanan yang ternyata pada badan diri sendiri, secara tersendiri atau secara automatik akan berlaku tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat yang bukan yang dirasakan sebagai sifat badan diri sendiri dan kepada (sifat yang bukan yang dirasakan sebagai sifat badan diri sendiri yang disangka pula sebagai sifat Allah). Tidak melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya sebarang syirik ini, juga merupakan sedang melakukan pemisah antara jasad dengan ruh yang tiada bersuara, tiada berhuruf dan tiada kata-kata.
> Setelah tidak melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya sebarang perbuatan syirik, sama ada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi, apabila merasai sifat ketuhanan yang ternyata pada badan diri sendiri, secara tersendiri atau secara automatik akan berlaku sebulat-bulat tumpuan kepada sifat yang bukan yang dirasai sebagai sifat badan diri sendiri dan kepada (sifat yang bukan yang dirasai sebagai sifat badan diri sendiri yang disangka pula sebagai sifat Allah). Inilah yang membolehkan seseorang itu melakukan apa yang tersurat dan apa yang tersirat di dalam firman Allah pada Surah Al-Muzzammil ayat 8:
"Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan."